Wednesday, June 24, 2009

Preparation ku ke Penang ver.2

Salam!!

Akhirnya penantian aku untuk ke Penang berkesampaian(btol ke bhse nih?) juga..haha..Esok seawal pukul 6 pagi akan ku bertolak ke Penang..Semoga perjalanan ak selamat pergi dan balik.. So kpd UiTM Penang tggu kami datang ye!!haha...so korg doakan la kejayaan kite bersama..


Kasut2 n slipa2 yang akan mengalas kaki ak..huhu


beg ni adalah beg untuk isi hanger,buku,songkok dll...


ini la brg yg amat pntg..haha..smua bnde pntg ade dlm tuh!


emmm ade pape lagi yang ak tertinggal??

rsenye da x de kot..

aik mne bntl ak???

jengg3x!!



ini la bntl ak..nsb baik x tertggl..hua2..mati la ak tdo tnpa bntal!

okeh smua da settle..brg2 dah packing,mental dah 80% ready

sooo

see u di ipt!!

gud luck to all of u!!

blajo molek,bo la maen tu!!

ak pon dah nk kene tdo awl,esk nk gerak awl pagi..

see u later yeah!!

tata!!


P/S : ak mmg x ske mggu orentasi..haha...kpd senior2 jgn raging ktorg..kalo raging padah menimpa anda..hua2..adios!wasalam...

Rejab Dan Fadhilatnya

FADHILAT BULAN REJAB

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
  1. Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
  2. Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
  3. Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
  4. Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
  5. Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
  6. Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
  7. Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
  8. Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
  9. Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  10. Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
  11. Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
  12. Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
  13. Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
  14. Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  15. Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
  16. Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
  17. Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
  18. Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
  19. Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
  20. Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
  21. Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.
DOA BULAN REJAB:

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Friday, June 19, 2009

Syukur Semuanya Berjalan Dengan Lancar

Salam.

Syukur akhirnya majlis semayang hajat,tahlil arwah dan kesyukuran untuk aku dan akak yang akan sambung belajar tak lama lagi dan juga untuk abang ak yang tidak lama lagi akan menjadi seorang guru. Majlis ini berjaya dilangsungkan. Agak lah letih ak dan keluarga membuat persediaan untuk majlis ini agar semua tetamu selesa semasa berada dikediaman kami. Majlis ni berlangsung kat rumah ak je la. Walaupun rumah kecik, tapi boleh la memuatkan beberapa saff untuk semayang hajat. Kali ni Ustaz Harun (jiran ak da..) telah turut menjayakan majlis ini dengan mengimamkan solat hajat dan mengetuai tahlil dan tidak ketinggalan juga doa-doa yang insyaAllah dimakbulkan oleh Allah taala. Agaklah ramai tetamu yang datang dan aku mengucapkan ribuan terima kaseh kepada tetamu yang datang dan kawan-kawan ak yang datang. Walaupun x ramai kawan aku yang datang sebab aku mamang kekurangan kawan kat rumah ni huahuahua.. Dan terima kaseh ditujukan kepada Kak Kiah kerana telah berjaya menghasilkan Nasi Dagang yang amat enak sekali. Best gilak ak cakap!haha. Aku pon nak tujukan jgklah ucapan terima kaseh ak kat jiran0jiran ak yang turut menolong didapur bersam-sama mak ak, sorilah ak x dapat tolong kat dapur sbb cbok kat dpn nih.haha. Sori la jgk kat kawan-kawan ak sbb x dpt layan kamu semua time makan-makan sbb ak cbok ngan hidangan tu semua, x cukup nasi la, n pape je la. Aku rase tok imam yang makan banyak nih..huahuahua.. Dan terima ksaeh juga kepada master mind kai iaitu parents ak yang bersusah payah mengeluarkan sejumlah wang untuk menjayakan majlis yang penuh keberkatan ini. Itu saja ak nak ckp, SYUKRAN JAZILAN !!

P/S : Gambar x de la kali ni,tuan rumah cbok layan tetamu x sempat nak tembak2..hehehe

Sunday, June 14, 2009

AL-FATIHAH....


Rizal bertukar periang sebelum mati lemas..(sinar harian,khamis 11 jun 2009)
Pada hari selasa lepas(9 jun 2009) aku menerima panggilan telefon daripada salah seorang rakan
aku(lipok), memberitahu tentang pemergian rakan yang pernah belajar semasa di mrsm kuantan.

Lipok : Salam mi.
Aku : wslm.oh ade npe?

Lipok : Mu tahu dh ke?

Aku : Tahu npe plok ni?

Lipok : Pasal Rizal kls L tu..
Aku : Pasal npe?ak x tau npe2 pon??emm
Lipok : Die x dop doh

Aku : HA!!??Bkpe?sakit npe?

Lipok : X sakit, tapi mati lemas
Aku : Btol x mg ni??jgn maen2, bab mati ni x baek gurau2..

Lipok : x kn nk gurau2 kot pasal ni..sggh r nih..
Aku : Innalillahiwainailaihirajiun...Ak mcm x percaye ni,bingung kejap er..dh x pe ah.salam
Lipok : Beyeh2 wslm,tlg sbrkn kat kwn2..

Emm ak pon trus ke rumah kawan ak tu, nk pastikan kesahihan berita nih.. Aku pon telefon adila hamdan(classmate arwah), pastu die pon ckp 'YA'. Masa tu ak mmg redho atas kemtian kawan ak tu. Walaupon agak terkejut dan agak x percaya namun ak tetap menerima takdir dari Ilahi ini. terharu sungguh bila ak fikir balik. Kat mane arwah dapat sambung belajar? Macam2 yg ak fikir mse tuh. Tapi ajal maut ditangan tuhan, kita x patut pertikaikan semua nih. semua nye telah ditentukan.

Kawan yang pernah ak bergurau giler2 time kat maktab dulu, dan mungkin pernah terkasar bahasa dgn arwah dan ak x sempat mintak maaf!! Ape yg bley ak bt sbg kwn untk tebus kesalahan adalah dgn sedekahkan Al-Fatihah dan bacaan yassin dan juga doa. Ak harap apa yang ak buat ni diterima oleh-Nya.


Arwah mati lemas di sungai teluk kalong, kemaman ketika sdg mndi bersama kwn2 nya
"Menurut kawan arwah, sblm mndi arwah dan kwn2 bersarapan pagi di sebuah kedai berhampiran dan ketika itu arwah menunjukkan sikap periang yang luar biasa"

Ni la petikan dari akhbar tu, mmg arwah bkn seorng periang sgt pon mse ak knl dulu dan x bnyk berckp . emm aku pon dah x tau nk ckp pe, sedekah kn la doa dan sekurang2 nya alfatihah.. Tu je yang kte bley lakukan.

Dan kita sbg hamba-Nya yang masih diberi peluang untuk manggunakan nikmat2 di muka bumi ni mesti bersyukur dgn pemberian-Nya. Jgnlah leka dlm menjalani hdp sbg manusia nih. Jgn lupa tgs kita sbg hamba-Nya. Ni baru sikit nikmat yang kita dapat, kalau la Allah kurniakan nikmat lbh dripada ni, nescaya manusia akan lebih melampau-lampau! Jadi renungkanlah

Bismillahirahmanirahim

Ya Allah
tempatkanlah kawanku ini ditempat yang mulia
tempat yang engkau janjikan nikmat untuk hambamu

ampunilah dosa2 yang pernah kawan ku ini lakukan selama
ini
ringankan lah azab kubur yang akan ditimpanya Ya ALLAH!
Ya Rahman Ya Rahim

Amin.


Wasalam..

P/S : Sesungguhnya pengecut mati bnyk kali sblm kematiannya. Yang berani mati hanya sekali. Renugkanlah

Preparation ku untuk ke Penang!

Ni pulak kejadian yang berlaku pada tanggal 5/06/09.. Kali ni ak ngan kawan2 nak p kuantan.. Antara peserta untuk trip ke kuantan ni kali ni ialah Nubli(kwn skolah rndh), wali(kwn kat smaasza) n kayna(kwn kat mrsm kuantan n rakan satu kolej kat penang nnt!)haha.. So kali ni still 4 org yg p kuntan..
Ak n kayna(x de gmbr br,gmbr lme pon jadik!)haha
Dan ini pula nubli,sbg pemerhati jalan

Ini pula wali, stam candidate.haha

Kami p kuantan bukan untuk bersuka2, bah kan tetapi kami ingin mncari barang2 untuk dibawa ke tempat belajar baharu kami nanati!haha.. Antara barang yang memang ingin dibeli adalah seperti dibawah :
  1. Baju Kemeja
  2. Seluar slack
  3. Seluar track
  4. kasut
  5. T-shirt
  6. Beg
  7. Stokin
  8. Tali pingang
Nak dipendekkan cerita, semua la nk cari! Semua baru la senang sikit...ahahah..

Kami sampai kat kuantan dalam kul 10 lebih r, macam biasa 2 jam perjalanan dan ianya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan.. Mungkin doa yg dibacakn oleh kawan aku termakbul.. ALHAMDULILLAH..haha.. Sblm p shuping, kami p cari ACER CNTRE dulu, sebab kawan aku nak hantar laptop akak die utk dibaiki.. Bapak la lme cri acer centre tu..haha... Akhirnye dalam pukul 11 lebih jumpa jugak tempat tu..fuh! Dah la jalan sibok gile time tu!!..huhu Pastu dapat jugak la ak p cari barang.. Tapi sekejap je la, sebab pukul 12.30 dah nak kene p masjid untuk solat jumaat..HA! trip kali ni aku ade sedikit percanggahan pendapat. Kawan aku sorang ni bagitau aku kalo bertolak sebelum subuh, solat jumaat x pe kalo x ditunaikan. Tapi kalo bertolak selepas subuh hukum menunaikan solat jumaat adalah wajib! Saya ulang hukumnya WAJIB! Aku pon refer la kat kawan aku sorang ni, kawan aku ni bakal menduduki xm Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) tahun ni..kiranye dia ni agak arif dalam persoalan ni, aku tanye la die macam mane ngan permasalahan ni.. Dia pon buka la kitab2 yg dia belajar.. Keputusannye adalah ianya khilaf, dan lebih baik kalau kite tunaikan je solat jumaat dan ianya adalah lebih afdhal! Jadi kami bersepakat untuk bersolat jumaat, mungkin perjalan kami akan mandapat lebih keberkatan daripada-Nya.. Alhamdulillah dapat jgk kami tunaikan solat jumaat di Masjid Tok Sera(amat familiar di kalangan pljr mrsm kuantan..haha) Selesai bersolat jumaat(jamak qasar asar terus r!)

Kami baru menyedari bahawa perut ini telah kelaparan, macam2 bunyi kedengaran.haha. Kami pon p la isi perut dulu, bagi relax2 skit pastu baru la truskan misi kami. Kali ni kami p serang ECM pluak.haha.. PERGH!!! Banyak sih sale!haha Merata-riti sale.. Kami ni kan bdk2 lagi, jadi kene la beli yang ade sale je. Selaian daripada tu, kami x mampu..haha Agak lama la round2 ECM, sampai lenguh kaki dibuatnye, lepas ni nak p megamall pulak.. Adoi la.. Aku udah x larat ni, tapi nak buat macam mane lagi kene teruskan lagi pencarian barang2 tersebut..haha.. Dalam kul 4.30 kami tinggalkan ECM dan menuju pula ke megamall..


Akhirnye dalam pukul 9.30 selesai la kawan2 ak ni mencari barang then kami pon memunggah segala macam harta yang kami beli tu ke dalam bonnet kete tu..haha.. Penoh wei!ahaha. Menakjubkan!! Then kami pon p la makan2,minum2,rehat2 dulu sebelum bertolak pulang. Aku minom 100plus sepuas2 nye kerana badan letih, nanti nak kene menggerakan kereta tu pulang ke bumi Terengganu..haha.. Ak sorg je yg drive, ape x ltey nye..(bkn nk eksyen tapi kenyataan) Dalam kul 10.30 kami bertolak, tapi sebelum tu minyak perlu diisi terlebih dahulu, kerana aku aku nak pecut sepuas2 nye kat highway. Bukan untuk bersuka2 tapi untuk mengejar masa!haha. Lepas hantar kawan2 aku kat rumah masing2, ak pon menuju ke rumah ku syurga ku! Tepat pukul 1.30 pagi tiba la kat rumah. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan pulang pon x ada sebarang perkara yg x diingini(tapi bagi org yg ade dlm kete tu je tau kisah sbnr!hahaha) SYUKUR!

Ak pon terus masuk bilik, simpan barang, mandi, dan landing ats katil. Amat lene tidur ku pada hri itu..haha... Nice trip kawan sekalian!haha..Sekian!

Tengoklah yer..penuh tu isi nye!haha

P/S : moral of the story adalah kene solat jumaat kalo bertolak slps subuh (untuk hari jumaat je), dan jgn lupe bawak second driver!haha..wassalam!

Tugasku Sudah Selesai..

ASSALAMUALAIKUM!hehe
Tanggal 27/05/09, tugas ak sebagai guru ganti di sebuah sekolah rendah di kawasan ak ni da pon selesai dengan jayanya. Sedar x sedar dah sebulan lebih ak bertugas di sekolah tersebut. Banyak pengalaman yang ak peroleh selama ak bergelar cikgu@ustaz.hehe.. Ni la pengalaman pertama ak menjadi seorang yang bergelar guru. Sungguh menyerabutkan melayan karenah budak2 tahun 2,tapi lama-kelamaann ianya bertukar menjadi lebih seronok dan best layan budak2 ni..hahaha

Minggu2 terakhir ak bertugas x lah penat sgt sbb minggu tu adalah xm week!haha... Ntah ape la budak2 tu jwb dlm xm tu ye,mklom lah ustaz die pon ntah ape mengajar ajaran sesat..wakaka.. Bdk2 ni mmg hbt ye tuan2 puan2 sekalain,hanya menggunakan 20 minit utk mnjwb semua soalan for each paper...haha.. Tulah ciri2 pelajar yang akan berjaya kelak!haha..
Sebelum berpisah dgn bdk2 tu, ak sempat la bagi tnde ingatan ikhlas dari ak..haha.. Bdk2 mmg kene layan mcm tu, wlpon ak ni agak ganrang dengan mereka tapi diorg suke lagi kat ak..haha.. Ak x tipu ye,bdk2 pon x ske tipu menipu nih..haha.. Ada la jgk dikalangan bdk2 ni bt permintaan, nak suruh ak jadi cg diorg..haha... Sorry la ye bdk2, ustaz n p belajar plak nnt..haha..perjuanganku belum selesai ni!haha

Ok tu je la ak nk cte, da x reti nk merapu ape lgi..insyaAllah kalo ak kesempatan ak nk jadi lgi cg gnti nih..hahaah.. Dan sekarang ak masih menunggu sesuatu dgn penuh kesabaran iaitu GAJI!!!!!!!!!!!mne gaji ak!!haahaha.. cpt skit ye bank in dlm bank saye, banyak projek nih..hahaha.. dan kepada bdk2 gud luck kps semua ustaz ucapkan.. dan x dilupakan cg ustazah2 yg sudi bagi tunjuk ajar kat ak.. Terutamana Kak Zainab, yang mana dah menganggap ak ni adik die pon..haha Dia la yg plg rapat ngan ak...syukran kak!haha..wasalam!


Ish2 sdpnye tdo, x pe la ak baik skit hri tu..haha

Dan ini pula adalah senjata ak utk mendera bdk2 nih..haha

~~CHESSE + PEACE~~

Semoga maju jaya kpd kamu semua!

P/S : Sorry la, cerita lme tapi bru cerita kali nih..haha..

NgehNgehNgeh ver.2

Salam kpd semua...


ya ak tau mmg dah lame ak x update blog cikai ak nih..ak pon x tau ape masalah nye..semenjak kawan2 dah p blaja, ak dah jadi malas nk membuanag masa ak depan pc..huhu...kira2 ak ni macam ketandusan kawan la kat rumah ni..ye la kan,ak mmg kekuranagan kawan kat sekeliling rumah ni..wakaka..tapi sekarang ni,ak nk gunakan saki baki masa ak ad kat rmh nih..nnt dah nat mula blaja,ak pon da x sabar ni..dah 7 bulan ak menaggur,otak da tepu..haha..ok, tu je la ak nk bagitau dan ak nk update r skit blog ak nih da bosan tgk mnde sme je..haha..adios...