Tuesday, April 28, 2009

Ragu-Ragu??..Inginkn Cara Yang Betul???..Luangkan Masa Membaca Artikel Ini


Firman Allah yang bermaksud "Serulah manusia kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik Sesungguhnya TuhanMu yang lebih mengetahui mengenai siapa yang tersesat daripada jalanNya dan Dia yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk".- [al-Nahl :125]
Menerusi ayat di atas Allah mengemukakan terdapat tiga cara berdakwah yang boleh dilakukan.

Pertama,berdakwah secara berhikmah dan bijaksana dengan tutur bahasa yang lembut serta menarik berserta bukti yang jelas,kukuh dan boleh menghilangkan sebarang kesamaran dan keraguan.

Kedua,serulah manusia dengan kata-kata yang mengandungi pengajaran seperti kisah umat terdahulu kerana dengan mengingati peristiwa yang menimpa umat terdahulu akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa mereka dari ingkar terhadap Allah.

Ketiga,berdakwah melalui perbincangan,muzakarah dan dialog dalam suasana yang penuh kemesraan dan harmoni bukan menggunakan kata2 kesat dan keji kerana tujuan perbincangan adalah untuk menyampaikan kebenaran bukan mencari kemenangan.

Para pendakwah tidak harus tergesa-gesa dalam menyampaikan dakwah mereka.Mereka harus mengkaji terlebih dahulu golongan sasar mereka kerana setiap golongan masyarakat yang berbeza memerlukan cara yang berlainan.

Imam Ibnu Taimiyah pernah membahagikan manusia kepada tiga golongan.
Pertama,orang yang mudah menerima kebenaran dan terus mengikutinya.Inilah orang yang bijaksana.
Kedua,orang yang mahu menerima kebenaran tetapi tidak mahu mengamalkan.Mereka perlulah sentiasa dinasihati sehingga mengamalkan.
Ketiga,orang yang tidak mahu menerima kebenaran.Mereka perlu diajak berbincang dan berdialog secara yang paling baik.

'Amal M'aruf Nahi Mungkar' bukan hanya tugas para ulama tapi tugas kte sebagai khalifah di muka bumi..hehehe

P/S : Isi masa lapang je nih..tp ade la tujuan disebaliknya..jadi sama2 la kite beramal...bak kata kalimah arab berilmu tanpa amal seperti pokok tanpa buah..Peace!!



2 comments:

  1. wah..wah...!!
    pak ustaz!!
    satu artikel yg menarik..!!
    terima kasih yaaahhh...., pak ustaz!
    same kite renungkan....

    ReplyDelete
  2. haha...ok la adek2 ku..haha..sme2 la kte tngkn..ak nk highlight kn gmbr tok guru tu!!haaha

    ReplyDelete